Pepatah melayu "Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa" atau "Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan merana" yang semua org maklum akan maksudnya yg ingin disampaikan. Seminggu yang lalu, ketika aku sedang bersiap sedia dan bersarapan sebelum pergi kerja, sudah menjadi rutin seharian aku, menonton MHI sambil bersarapan. Ketika itu, wardina dan ally memperkenalkan sebuah buku mutiara kata, dan antara mutiara kata didalam buku itu, yang disebut oleh wardina menarik perhatian aku.
"Kata2 yang baik, tidak akan keluar dari hati yang kotor, ibarat benih yang baik tidaka akan bercambah ditanah yang gersang."
Apa yang aku ingin katakan disini, kebanyakkan manusia banyak meluahkan kata2 dalam seharian hidup kita ini, dan kebanyakkan kata2 yang keluar dari mulut itu, kata2 yang keluar bkn dari pemikiran, tetapi hanya cakap lepas mulut. Kerana aku merasakn aku pun sama didalam situasi ini, dan aku merasakan betul mutiara kata itu, disebabkn hati aku yang kotor.
Teringat aku pada satu kisah Nabi Ibrahim a.s dan juga anak beliau Nabi Ismail a.s, dimana pada satu masa mereka pergi mengembara dengan menunggang seekor unta. Tatkala mereka melalui suatu pekan, maka terdengarlah kata2 dari penduduk pekan itu. "Orang tua dan budak kecil bersama barang2 dagangan yang berat menaiki unta, tidakkah mereka terpikir, beratnya unta itu membawa bebanan". Terdengar kata2 itu, maka Nabi Ibrahim a.s mengambil keputusan biarlah beliau yang menarik unta tersebut.
Maka berjalan kedua beranak itu, meneruskn lagi perjalanan, maka melepasi la pula pekan yang seterusnya, kali ini juga terdengar kata2 dari penduduk pekan, "Biadapnya budak kecil itu, disuruhnya ayahnya yang tua menarik unta tersebut, padahal budak itu masih kuat". Terdengar kata2 itu, Nabi Ismail a.s berkata "Wahai ayahanda, biarla anakanda yang menarik unta ini, ayahanda menunggangnya pula". Maka bertukar la mereka, meneruskn lagi perjalanan mereka.
Tidak lama kemudian, sampai la pula mereka disebuah pekan lagi, dan pekara yang sama masih juga berulang, terdengar lagi kata2 dari penduduk pekan, "Bersenang lenang orang tua itu, membuli budak yang masih mentah untuk menarik unta." Dengan kata2 itu, mereka berdua mengambil keputusan untuk menarik unta itu bersama. Dengan mengharapkan tiada lagi kata2 dari penduduk2 pekan. Maka mereka meneruskn lagi perjalanan mereka yang masih jauh.
Sampai pula mereka pada suatu tempat, dimana penduduk2 disitu juga berbisik2 mengata mengenai mereka, "Unta itu sihat dan kuat, kenapa harus menariknya, tidak menunggangnya".
Kesimpulan yang ingin aku bagitau disini, kita begitu mudah mengata, memberi pendapat, tanpa kita memahami, meneliti masalah orang, dan kata2 yang keluar langsung bukan dari pemikiran yang panjang, pada kita kadang2 ada yang dibuat orang lain semuanya tidak kena, tp apa yg kita buat, semuanya hendak btul. Jangan kita menuduh sesuatu dan berkata2 yng menyakitkn ati org, lebih2 lagi mengeluarkan fitnah.
Aku tahu, apa yang aku katakan disini juga melambangkan diri aku, dan aku bukan org yang sempurna, apa yg aku kongisikn disini juga sebgai ingatan kepada diriku sendiri juga, agar aku ingat kata2 yg pernah aku luahkn, dan menyakiti hati org. Ingatlah, kata2 yang pedih, ibarat pedang yg menusuk.
pk2kn la.
Mulut
Kisah penarik beca
Da agak lama aku menyepi dari menulis blog, ari ini aku gagahkan diri untuk menulis semula, sememangnyer aku malas dan banyak kerja, tp semua itu bukannyer alasan utk aku katakan disini, dan seperti yang ku janjikan dl, aku ingin menceritakn kisah yg pernah diceritakan kepadaku oleh datuk saudaraku, kisah beliau sebagai penarik beca. Begini la bermula...
Ketika tu, datuk saudara datang kerumah ku, menziarahi rumah saudara mara, hanya menjenguk2 kerana sdh lama tidak bersua muka. ketika itu juga, datuk saudaraku menceritakn kepadaku, agar memberikn ku semangat, agar aku belajar bersungguh2, agar aku menjadi org berjaya, berguna sekali gus menolong keluarga.
ceritanyer begini. sebagai seorg ayah, sebagai seorg ketua keluarga, sudah menjadi tanggungjwab mencari rezeki kepada keluarga, utk anak2, untk isteri. Tetapi apakan daya, jika hanya mampu menjadi penarik beca, rezeki yang dapat tidak menentu. sudah tentu permintaan beca tinggi pada masa tahun 80an dahula, tidak seperti zaman skrg, sekitar awal 90an pon beca masih mendapat permintaan diterengganu.
Bayangkan, jika setiap hari hanya mendapat rezeki hanya sekitar rm10 sehari, ada pula hari2 yang yg rezekinya kurang dari rm10, itulah duit yang diberikan kepada isteri dan anak2, untuk belanja rumah, membeli keperluan dapur, ikan, beras, sayur dan sebagainye. boleh katakan setiap hari hanya sekadar makan sesuap dua, nasi ikan panggang cicah budu barangkali.
Habis, bagaimana pula si ayah?? si ayah juga memerlukan duit belanja, untuk menarik beca disiang yang panas, haus tekak mahu dilegakan dengan meminum air, tengahhari juga perut yang kosong mau diisi dengan sesuap nasi. jika tidak manakn mendapat kekuatan mengayuh beca. Kebenarannya, si ayah hanya memerlukan rm1 sehari, sekadar meminum kopi diwaktu pagi, dan nasi lemak yg dibeli waktu pg hanya dimakan pada waktu tgh hari, knp begitu sekali?? kerana hendak memastikan, rezeki yg dapat cukup rm10 setiap hari, agar belanja rumah tidak berkurangn.
Agar anak2 ke sekolah, boleh membawa duit barang 50sen setiap org, agar anak2 tidak kelaparan ketika belajar, agar anak2 belajar bersungguh, bukan kerana si ayah mahukan balasan dari anak2 bila dewasa kelak, kerana mahukan si anak2 tidak merasa keperitan hidup sebagai penarik beca.
Pernahkan kita berterima kasih pada ayah kita atas jasa dier selama ini? perlukah kita menunggu hari jadinyer, atau hari raya, atau hari bapa untuk kita ucapkan terima kasih atau memohon maaf? lakukan lah apa yg kita mampu lakukan utk ayah kita, selagi dier masih bernafas sebelum ajal memanggil.
fikir2kan lah.
Mati hidup kembali
Tanggal 20 Ogos 2009, ketika waktu agak2 petang melewati waktu zuhur dan waktu asar akan menjelma, tiba2 telefon ku berdering, ku perhatikan skrin sekilas pandang, terlihat nama adik ku terpampang, lantas aku mengangkat.
aku : "hoh, ade mende"
judin : "mung ade mane"
aku : "aku ada kat makmal sekolah, bakpe?"
judin : "dok, aku nok kabo, tok ki pok meninggal doh"
aku : "innalillah.. biler tuh?"
judin : "tengah hari tadi"
aku : "doh dakpe ar, aku balik petang nih, malam karang aku sampai"
judin : "hor, dak pe ar, beres"
Selepas meletak telefon, teringat aku pada datuk saudara aku itu. Sudah pergi datuk saudara aku ini yg tinggal tidak jauh dari rumah ku, dan teringat juga aku kali terakhir aku bercakap dengannya kira2 dua bulan sebelum itu. ketika aku sedang duduk2 di wakaf tepi jalan menunggu pok somad untuk ke bandar kerana ada sedikit urusan.
Tok ki pok : "nok g mana tuh?"
aku : "nok ke bandar"
laungku agak ku, kerana aku tahu datuk saudara aku kebelakangan ini semakin tidak mendengar.
Tok ki pok : "ooo"
aku : "kenal dok sape nih?"
aku hanya bertanya untuk meneruskan perbualan, dan aku menyangkakan yang semestinya datuk saudara ku ini pasti tidak mengingatiku, kerana aku jarang berada dikampung.
Tok ki pok : "anok awang cucu mok teh wok, bakpe dok kenal ah"
aku : "hor" sahut, agak terkejut kerana datuk saudaraku mengenali ku
Tok ki pok : "dok dak pe ah, tok ki nak balik rumah dulu"
aku : "yelah, molek2 lintas jalan tuh"
itulah perbualan aku yang terakhir dengan datuk saudaraku dan selepas itu tidak lagi aku berselisih dengannya, dan tidak pula aku pergi kerumahnya. Aku juga teringat ketika pada suatu hari ditahun 2001, pada waktu malam yang terang, datuk saudara aku datang berjalan2 kerumah2 saudara dan singgah juga dirumah aku. Ketika itu juga, aku sedang sakit dan demam, kerana jari ku terkena parang dan hampir putus, tetapi telah bertangkup semula dan menjadi masalh kerana urat dijariku masih bengkak dan mungkin putus, bermakna aku tidak boleh mengerakkan jari ku.
Setelah mengdengar cerita aku, terus dier meminta aku menghulurkan tangan, maka diurut2nya jariku, dan dengan sedikit membaca dia mengatakan jariku ini ditumpang oleh satu makhluk, maka dia pun membaca dan berubat. setelah agak lama, dia mengatakan benda tu da keluar dan balik ketempat asal. Itulah antara ingatan aku pada datuk saudaraku ini selepas adikku menelefon tadi. Dan pada petang itu, aku pulang ke kampung, diwaktu malamnya, aku melihat begitu ramai manusia2 disurau, dan mungkin ingin pergi kerumah datuk saudaraku.
Sesampainya dirumah, belum sempat aku menjejakkan kaki dirumah, adik aku menegur.
Judin : "Eh, bang! Tok ki pok idop mule"
Aku : "Hah?? idop mule"
Judin : "Hor, tadi kat pital, doktor soh mati doh, mmg dok nafas doh, tapi pastu dalam 5 mnit, idup mule"
Aku : "lak! betul dok mung nih"
Judin : "btul ar"
Aku : "doh bakpe ramai ngat org kat sura tuh"
Judin : "Hok tu tok gayah makan jamun malam ni"
********************************************************************************
Masih panjang rupanya ajal datuk saudaraku ini, tetapi setelah idup kembali, datuk saudara aku tidak sedarkan diri, ramai yang datang melawatnya dihospital, terlampau la ramai sehingga penuh satu level dengan sanak saudara, rakan2, teman dan orang2 kampung. Dan setelah 2 minggu berlalu, akhirnya pada tanggal 2 September 2009, Datuk saudaraku kini kembali kerahmatullah, semoga rohnya diberkati dan tergolong didalam orang2 yang beriman, AMIN!, sesungguhnya banyak nasihat yang aku terima dan kisah yang disampaikan kepada aku olehnya, entry akan datang akan ku letakkn kisah datuk saudaraku ini, agar kita dapat menilai kehidupan kita.
Tenang
Semalam aku terbaca satu artikel yang membuatkan aku ingin menulis entry kali ni, artikel itu berkenaan mengapa kita kita tidak merasakan ketenangan didalam hidup ini, setiap orang mencari ketenangan dan kebahagiaan didalam hidup ini, dan kita sebagai umat islam percaya ketenangan itu akan kita perolehi dengan kembali kepadaNya, yakni banyak amal ibadah, berdoa tak kira ketika kita senang atau susah.Kerana ramai yang lupa kepadaNya ketika senang.
Aku pernah merasakan hidup dengan tidak tenteram dan apabila aku kembali kepadaNya, semua masalah dan keserabutan didalam idup aku, aku merasakan semakin hilang satu persatu dan aku merasakan nikmat ketenangan itu. Disini aku hanya ingin meletakkan beberapa pekara yang menyebabkan kita merasakan tidak tenang didalam hidup ini.
# Kita hanya memandang dan menginginkan apa yang ada pada tangan orang lain.. Kita tidak nampak atau lupakan nikmat di dalam genggaman kita. Walhal, Allah telah berikan kepada kita. Oleh itu kita tidak rasakan 'keseronokan' atau terasa nikmat dengan pemberian itu.
# Kita terlalu banyak 'komplen' dan komen (mengadu) dan mengeluh serta menyalahkan keadaan sehingga kepada permasalahan sekecil-kecilnya dalam kehidupan dunia ini. Tetapi, kita sering lupa kesusahan dan penderitaan sebenar yang bakal kita hadapi di akhirat kelak.
# Kita terlalu mengejar kemewahan, kemegahan dan glamor kehidupan sehingga melupakan tujuan hidup kita sebenarnya. Inilah sebenar ujian hidup yang kadang kala kita rasakan amat memeritkan untuk dihindari, pada hal kita tahu ganjarannya adalah syurga daripada Allah.
# Kita selalu menganggap kehidupan di dunia ini untuk hidup selama-lamanya. Oleh itu, kita menghabiskan seluruh sumber dalam diri semata-mata untuk membina pengaruh, mengumpul harta dan kemasyhuran diri seolah-olah 'kematian' itu untuk orang lain, bukan untuk kita. Kita lupa semua kejadian akan mati dan walhal akhirat adalah kehidupan abadi.
fikir2kan wahai teman.
Hajat
Hajat dihati ini ingin buat banyak pekara didalam minggu yang lepas, banyak urusan yang tertangguh kerana urusan- urusan kerja, dan hajat dihati ini juga antara lain, membaiki peti ais yang rosak, membuat sembahyang hajat dan juga menolong kawan, tetapi kerana dek sibuk dengan kerja dan kepenatan, hajat2 ini byk yang tertangguh.
Tetapi cuti hujung minggu yang baru nih, aku berjaya tunaikan hasrat aku yang pertama, membuat sembahyang hajat sempena memasuki rumah baru. Agak ramai yang datang, kira - kira sepuluh orang yang aku hanya jangkakan hanyalah sekitar lima orang dan paling ramai mungkin tujuh orang. Antara yang datang adalah, pok cik tukang kebun, duan jaga sekolah, pok mail tukang kebung, cikgu mie pk 1, le jaga sekolah dan yang lain2 yang tidak disebut disini.
Agak penat juga menyediakn juadah kepada yang datang, maklumlah aku bujang dan hanya ditemani adik seorg membantu membuat persiapan, tak banyak yang aku sediakn untuk menjamu tetamu yang datang, hanya menyediakn kuih muih dan juga rojak buah. Bagi aku sembahyang hajat yang aku impikan untuk memasuki rumah sewa baru ini berjaya, dan sebaldi air semayang hajat belum aku buat apa2 lagi kerana sibuk mengemas rumah.
Dan tercetus satu lagi hajat, agar aku mempunyai masa dipetang ini untuk merenjis2 rumah degnan air semayang hajat itu, agar aku tinggal disitu selamat dan mendapat berkat dan rezeki yang banyak. Semoga apa yang aku rancang dan buat mendapat berkat dibulan mulia ini.
Penat
Arini aku nak mengarang pasal penat, mmg la dibulan puasa kebiasaannya org2 merasakan penat, banyak kerja2 berat dikurangkan, apa yang aku ingin nyatakan disini bukan lah penat secara fizikal, tetapi penat secara mental dan emosi. Dan aku mmg penat dari segi mental buat masa skrg, bkn kerana masalah yg melanda atau apa2. tetapi aku merasakn penat secara mental kerana persekitaran.
aku baru sahaja berpidah kerumah sewa yang baru, dan kini masa mlm aku luangkan dengan membersihkan rumah sewa baru aku itu, dan aku tidak punyai masa yang banyak utk membersihkan rumah sewa itu diwaktu siang, almaklumla.. masih bujang, dan tingal berseorangan, seme kerja2 membersih rumah aku lakukan seorang diri, benda2 berat yang ada pon aku terpaksa angkat sendiri, jika tak termampu baru la meminta tlg pada jiran2 dan org2 yang dikenali.
sehinggakan aku berasa begitu penat secara emosi, kerana memikirkan bila rumah ini selesa untuk aku duduki, tdo pon tak menentu, makan minum dibulan puasa ini pon tak berselera kerana persekitaran rumah yang masih kotor dan tercemar. penatku dari segi emosi banyak menganggu kerja2 aku yang lain. sehinggakan aku rasakan begitu malas untuk mengajar disiang hari.
pekara2 kecil yang berlaku skrg byk menyentuh perasaanku, kepenatan emosi aku alami ini membuatkn aku mudah berkecil ati, mudah terasa, malah mudah rasa hendak marah. Marahkan siapa pon aku tidak pasti, sedangkan rasa marah itu mainan syaitan, knp dibulan mulia ini, aku begitu senang rasa marah, syaitan kan semuanya diikat.
Blog ini pon hampir aku malas nak membuat entry yang baru, sedangkan didlm list aku begitu byk yang aku ingin tuliskan, antaranya, tamak, stress, cinta, malas dan sebagainya. kerana penat emosi, aku seperti mengabaikan blog ini, nasib baik tgh ari dan waktu rehat ini, aku gagahi untuk aku buatkn entry ini, untuk menyatakan penatnya emosi aku. uhuhuhu.
P/s : Dugaan bulan puasa kot.. uhuhuhu, diharap puasa aku ditambah dengan pahala yang lebih dengan aku bersabar. amin.
Nur
Entry kali nih aku nk tujukn khas bt sesorg2, seorg kawan aku yang bernama manja nur, kenapa aku menulis entry untuk dier, kerana ada sesuatu yang ingin aku sampaikan untuk kita semua fikir2kan, walaupun aku sndiri tahu yang dier tak pernah menjenguk blog ini, malah tak pernah pon tahu wujudnya blog ini.
Ketika suatu tidak lama dulu, kau nur, selalu mengatakan padaku.
"awk lain la add, da bekerja kerajaan da la pangkat pegawai, tapi saya nih menoreh je".
dan seperti biasa jg aku akan membalas. "Sabar la nur, rezeki lain2, mungkin tiba rezeki awk nnt, bila da sampai rezeki awak mungkin dtg sekali gus, melimpah2, rezeki ditangan tuhan".
Sekarang alhamdulillah, kau pon juga telah bekerja kerajaan, bekerja tetap, dan paling penting, ko byk kelebihan disitu yang seme org dan rakan tak pernah menyangka.
Rezekikn ditangan tuhan, dan apa yg kau dpt, bersyukur la kerana rezeki yang kau dpt sekarang adalah impian kau selama ini, dan jangan lah pula kau tamak dan menjadi lupa, walaupun aku sgt pasti, kau bukan begitu.
Nur. Kenapa dier yang aku tulis dlm entry ini, kerana aku ingin mengatakan sesuatu pada semua, kerana kita tidak menyedari kelebihan diri kita sendiri, kita tidak sedar setakat mana kemampuan kita, hanya rakan2 yang mengetahuinya. apa yang kita nmpk pada diri sendiri adalah kelemahan kita, kekurangan kita sendiri hingga kita tidak yakin pada diri sendiri.
Sesungguhnya nur, kau seorg yang taat kepadaNya, yakinlah yg tuhan itu sayang pada kau dan akan menyebelahi diri kau sentiasa, apa yang kesusahan kau hadapi hanya ingin menguji setakat mana keyakinan kau padaNya. Kau perlu berfikir positif jgn terlampau negatif pada diri sendiri. Sedangkan aku tahu kau sangat rajin, berkerja dengan cepat, komited pada kerja sehingga kau tak menghiraukn makan minum diri kau sendiri. jika nak dinyatakn disini, tak terkira byknya, yakin la pada diri kau sendiri.
Dan percayalah apa yang rakan2 lain memberitahu mu, jgn kau asyik memikirkn kelemahan diri sendiri, sesungguhnya kau boleh berjaya dengan lebih jauh, percayalah dengan kemampuan kau. Dan buat rakan2 lain juga, fikir la secara positif, jgn terlalu negatif pada diri sendiri, tak salah mencermin diri sendiri skali sekala untuk berfikir negatif tetapi dengan niat membaiki negatif itu menjadi sesuatu yang positif.
Yakin pada sesuatu yang kita lakukan, jangan lah ragu2 dan jangan mengalah jika sesuatu itu tidak menjadi, anggap lah itu sebgai pengajaran dan pengalaman agar kita tidak mengulangi kesilapan yang sama dimasa akan datang.